Ahmad Yakob

KOTA BHARU – Debaran menunggu senarai calon dari Perikatan Nasional (PN) Kelantan berakhir malam tadi, apabila nama yang akan bertanding pada PRN DUN ke-15 Ogos ini telah diumumkan.

Selepas meneliti senarai 45 calon itu, Pas boleh dikatakan ketandusan calon apabila masih mengekalkan sekurang-kurangnya enam penyandang yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) sejak tahun 1995.

Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika mengumumkan nama calon di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, mengekalkan dirinya untuk mempertahankan kerusi DUN Pasir Pekan.

Beliau mula bertanding sejak PRU kesembilan tahun 1995, diikuti bekas Timbalan Menteri Besar, Datuk Muhamad Amar Abdullah (DUN Panchor sejak 1995), Rohani Ibrahim (Tanjung Mas-2004), Datuk Mohd Nassuruddin Daud (Meranti-1999), Datuk Abdul Fattah Mahmood (Bukit Panau-2004) dan Datuk. Md. Anizam Abdul Rahman (Kemahang-1999).

Selebihnya, penyandang yang bertanding dari PRU12 hingga PRU13, selain beberapa muka baharu yang terdiri daripada peguam dan bekas pegawai tinggi kerajaan.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Ketereh yang baharu menyertai Pas, Tan Sri Annuar Musa tidak ada dalam senarai nama calon itu.

Pada PRU14 tahun 2018, Pas Kelantan mengekalkan penguasaannya di 37 kerusi DUN dengan Barisan Nasional (BN) hanya menang lapan kerusi.

Namun, PRN ke-15 ini, Pas Kelantan tidak bertanding secara bersendirian, sebaliknya berkongsi enam kerusi DUN kepada rakan gabungan PN, iaitu Parti Bersatu.

Datuk Kamaruddin Md. Noor

Bersatu yang pertama kali bertanding bawah tiket Pas, menampilkan calonnya, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi di kerusi DUN Kok Lanas, Bahari Mohd Noor (Gual Ipoh), Mohd Almidi Jaafar (Bukit Bunga), Datuk Kamarudin Mohd Nor (Ayer Lanas), Mohd Azizi Abu Naim (Nenggiri) dan Datuk Shaari Mat Hussain (Paloh).

Antara muka baharu Pas ialah bekas Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechik bertanding di DUN Kuala Balah, manakala bekas Pengarah Pejabat Tanah Galian (PTG), Datuk Zamri Ismail mempertahankan kerusi DUN Kota Lama.

Lima calon Pas berstatus peguam ialah Nik Bahrum Nik Abdullah di DUN Chempaka, Ahmad Zakhran Mat Nor (Kemuning), Wan Rohimi Daud (Melor), Zubir Abu Bakar (Mengkebang) dan Zamri Mat Nawang (Jelawat).

Seramai 26 lagi calon Pas ialah Wan Roslan Wan Hamat di DUN Pengkalan Kubor, Mohd. Adanan Hasan (Kelaboran), Mohd. Rusli Abdullah (Wakaf Bharu), Datuk Dr. Izani Husin (Kijang), Shaari Mat Yaman (Bunut Payong), Rozi Muhammad (Tendong),
Muhammad Nasrif Daud (Pengkalan Pasir) dan Zuraidin Abdullah (Chetok).

Turut disenaraikan, Kamaruzaman Mohamad (Gual Periok), Zamakhshari Muhammad (Apam Putera), Mohd. Saizol Ismail (Salor), Abdul Rahman Yunus (Pasir Tumboh), Muhamad Asri Mat Daud (Demit), Harun Ismail (Tawang), Huzaimy Che Husin (Pantai Irama), Datuk Azami Mohd. Nor (Kadok), Tuan Mohd. Saripuddin Tuan Ismail (Selinsing) dan Nurul Asilah Mohd. Zain (Limbongan).

Calon Pas yang lain ialah Norsham Sulaiman (Semerak), Muhamad Rodzi Jaa’far (Gaal), Azhar Salleh (Pulai Chondong), Datuk Dr. Muhammad Fadzli Hasan (Temangan), Hilmi Abdullah (Guchil), Mohd. Fauzi Abdullah (Manek Urai), Ku Mohd. Zaki Ku Hussin (Dabong) dan Mohd Tarmizi Abdul Rahman (Galas).

Mereka akan bertanding satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN).

PH-BN menampilkan calon Zaman Sahri Ibrahim dari PKR di DUN Pasir Pekan, Syed Alidustir Syed Md. Zain (Panchor-PKR), Zahri Omar (Meranti-BN), Samsu Adabi (Bukit Panau-Amanah), Mazli Mustafa (Kemahang-BN), Ahmad Deraman (Kok Lanas-BN), Zuhairi Zakaria (Gual Ipoh-BN) dan (Datuk Mohd Adhan Kechik (Bukit Bunga-BN).

Zahri Omar, calon BN DUN Meranti

Nasrul Kamaruzaman dari BN bertanding di DUN Ayer Lanas, Ab. Aziz Yussof (Nenggiri-BN), Amran Arifin (Paloh-BN), Mohd Syahbuddin Hashim (Galas-BN) dan Mohd Yamiin Anuar Mat Zain (Kuala Balah-BN).

Bagi DUN Kota Lama, Amanah meletakkan calon wanita, Dr. Hafidzah Mustakim, diikuti Chempaka (Nik Normi Nik Ayub-BN), Kemuning (Mohd Fakaaruddin Ismail-BN), Melor (Azmi Ishak-BN), Mengkebang (Shukri Ishak-PKR), Jelawat (Yusri Che Noh-BN).

Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Zulkifli Abdullah bertanding di DUN Pengkalan Kubor, Mohd Rosdi Razali (Kelaboran-BN), Abdul Mannan Md. Said (Wakaf Bharu-BN), Haris Hussein (Kijang-BN), Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin (Bunut Payong-BN).

Datuk Zulkifli Abdullah

DUN Tendong, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Noor Hariri Mohamed Noor, Chetok (Izzat Hanuzi-PKR), Pengkalan Pasir (Rushdan Mustafa-Amanah), Gual Periok (Anuar Mohamad-BN), Apam Putra (Akbar Salim-BN), Salor (Mohamad Husain-BN), Pasir Tumboh (Naziratun Aini Md. Sayuti-PKR), Demit (Ismail Ghani-Amanah) dan Tawang (Mat Isa Che Din-Amanah).

DUN Pantai Irama, Zakiah Md Noor dari BN, Kadok (Mohd Azizan Razak-Amanah), Selising (Hashim Ismail-BN), Limbongan (Dr. Samsudin Abd. Ghani (PKR), Semerak (Marshella Ali-BN), Gaal (Mohd Aliff Nasrol Mat Nasin-BN), Pulai Chondong (Muhammad Fahrakan-BN), Temangan (Abdul Kadir Othman-Amanah), Guchil (Dr. Zuber Hasan-BN), Manek Urai (Suzaini Adlina Sukri-BN) dan Dabong (Ahmad Firdaus Muhammad-BN). – MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. 6 calon PAS orang lama… oklah tu sebab ada 45 kerusi dan merupakan kerajaan. seharusnya UMNO PKR PAN DAP mencalonkan usia seawal 18 hingga 40 tahun sebab pembangkang… tapi jangan banding usia calon DAP PKR PAN UMNO di Negeri SEMBILAN, SELANGOR, Pulau Pinang dan TERENGGANU sebab semua mereka belia-belia belaka.

Comments are closed.