Keadaan kenderaan yang dinaiki Mohd Zaidy Abdul Kadir

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dilaporkan mengalami kemalangan awal pagi ini.

Menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki kemalangan berlaku pada pukul 3.25 pagi di Jalan Pasir Besar-Palong di Negeri Sembilan.

Tambahnya, keadaan pemandu agak kritikal.

“Mohon semua dapat doakan agar keduanya kembali sembuh dengan sempurna dan diangkat segala kesakitan,” kata beliau dalam perkongsian di media sosial.

Mohd. Zaidy akan bertembung dengan calon Perikatan Nasional S. Surash pada pilihan raya negeri yang berlangsung pada 12 Ogos ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. semuga cepat sembuh…
    lain kali kena beringat.. pukul 3 pagi tu patut tidur berehat bukan melilau…

Comments are closed.