Calon Barisan Nasional (BN) N17. Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin memeluk selepas mendengar luahan penduduk kampung sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ke-15 di Kampung Sungai Pusu, Gombak. Foto FAREEZ FADZIL, 31 JULAI 2023.

GOMBAK – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yakin lebih 85 peratus pengundi sudah memuktamadkan siapa yang akan diundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Mengakui ia pandangan peribadinya namun susulan turun padang dan berpengalaman menjadi calon pada PRU lepas, rata-rata penundi sudah membuat keputusan.

Bakinya hanya ‘tunggu dan lihat’ berdasarkan senario politik nasional sebelum mengundi.

“Saya dapat rasakan suasana cukup berbeza, pada andaian saya 80 hingga 85 peratus pengundi kita buat keputusan siapakah yang akan mereka undi. Tidak kira kempen macam mana sekali pun, rata-rata mereka sudah buat keputusan itu.

“Kebanyakan pengundi dan rakyat di sini yang saya jumpa mahu kestabilan politik yang telah kita hilang sejak 2018 sehinggalah 2022. Pengalaman cukup berharga itu juga telah pengalaman buruk kepada masyarakat kita.

“Kini apa yang mereka mahukan cuma biarlah kerajaan negeri dan pusat, wakil rakyat mereka dari peringkat DUN hinggalah Parlimen semuanya selari dan sealiran.

“Segala limpahan nikmat itu akan dapat dirasai oleh semua andainya itu berlaku. Rakyat juga ketika ini sudah faham tentang perkara ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Pusu di sini petang ini.

Calon Barisan Nasional (BN) N17. Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin mendengar luahan penduduk kampung sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ke-15 di Kampung Sungai Pusu, Gombak. Foto FAREEZ FADZIL, 31 JULAI 2023.

Namun Megat yang juga Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu tidak sesekali ambil mudah.

“Kita tidak akan sesekali ambil mudah. Saya ucapkan terima kasih kepada jentera PH dan BN yang bertungkus lumus siang malam. Tidak ada isu kononnya berlaku apa-apa sabotaj sebaliknya kami bekerja dalam satu pasukan, kemenangan saya di sini juga adalah milik PH, begitu juga kemenangan Menteri Besar di Sungai Tua itu milik BN dan juga Hulu Kelang yang ditandingi oleh Juwariya daripada PKR.

“Kita masih rasa kita ini underdog yang akan lawan dengan penyandang terus santuni jelaskan yang boleh berikan,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast