CHERAS – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz yakin dengan penerimaan masyarakat setempat, khususnya dalam kalangan pengundi kaum Cina.
Sebelum ini, wujud perselisihan antara BN dan DAP menegnao calon yang akan diturunkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, namun atas semangat Kerajaan Perpaduan ia diserahkan kepada BN walaupun penyandangkerusi itu dari DAP.
Menurut Johan, sambutan yang diterimanya adalah baik, malah ada antaranya memberi kata-kata semangat.
“Saya pakai baju berwarna biru dan merah, sekarang DAP dan BN bersama. Isu kita (BN) dengan DAP sudah hampir selesai, sudah tidak timbul lagi. Ini juga adalah satu strategi sebenarnya, contohnya walaupun penyandang kerusi itu UMNO di Hulu Bernam tapi kita serahkan kerusi itu pada Amanah,” katanya ketika ditemui selepas sesi walkabout di Taman Segar, di sini, hari ini.
DJohan yang merupakan bekas Ahli Dewan Negeri (ADUN) Semenyih selama dua penggal berkata, beliau akan memberi tumpuan kepada beberapa isu penting, termasuk masalah jalan, kekurangan tempat letak kereta dan sampah.
“Saya akan jumpa pengundi semaksimum yang boleh, dengar apa kehendak dan keperluan mereka. Ada juga yang sudah beri saya surat tentang masalah-masalah mereka tapi kata saya tunggu sehingga diberikan mandat terlebih dahulu.
“Tapi saya sedia maklum dengan permasalahan-permasalahan ini terutamanya apabila membabitkan masyarakat dalam kalangan B40 ini, saya akan cuba isu-isu itu ke peringkat PBT atau negeri kelak,” ujarnya.
DUN Dusun Tua merangkumi 63 peratus pengundi Melayu, diikuti 28 peratus pengundi Cina, India (tujuh) peratus dan lain-lain dua peratus. – MalaysiaGazette