Foto Facebook KL Rovers.

KUALA LUMPUR – Dua pasukan teratas Liga M3, KL Rovers FC dan Harini FT sah layak beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2023 selepas kedudukan terkini liga yang dikeluarkan Liga Bola Sepak Amatur (AFL) semalam.

Mengikut kedudukan semasa, Rovers dan Harini mengungguli kedudukan dua teratas liga masing-masing dengan kutipan 36 dan 33 mata.

Kedudukan ini sukar dicabar oleh dua pasukan yang menduduki tempat ketiga dan keempat Liga M3, Imigresen FC dan Bukit Tambun FC.

Dua pasukan itu masing-masing hanya mengutip 26 dan 25 mata, hanya dibezakan 10 dan 11 mata dengan KL Rovers.

Dengan KL Rovers FC dan Harini FT sah layak ke Piala Malaysia, dua pasukan ini bakal berdepan cabaran sukar dalam pusingan 16 pasukan terbaik kejohanan berprestij itu.

Harini bakal berdepan Sri Pahang FC di Stadium Mini UPM pada 4 Ogos ini manakala Rovers pula berdepan cabaran Terengganu FC di Stadium Cheras pada hari yang sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast