LONDON – Penyerang Gremio, Luis Suarez mengesahkan dia akan meninggalkan pasukan itu semusim lebih awal berbanding kontrak yang ditandatanganinya yang akan berakhir hujung tahun depan.
Suarez menandatangani kontrak selama dua tahun pada Januari lalu, namun dia mengesahkan bahawa telah mengadakan rundingan bersama untuk mengkaji semula kontrak dan mencapai kata sepakat untuk ia diakhiri pada Disember nanti.
Bagaimanapun, pemain berusia 36 tahun itu menafikan khabar angin yang kuat mengatakan bahawa dia akan menyertai rakan baiknya, Lionel Messi di Inter Miami.
Suarez dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Miami untuk menyertai beberapa bekas rakan sepasukannya di Barcelona sebelum ini termasuk Messi, Sergio Busquets dan Jordi Alba, namun dia menafikannya.
Penyerang antarabangsa Uruguay itu mengikat kontrak dua tahun bersama kelab Brazil, Gremio awal tahun ini.
Walaupun dipalit kekecewaan gagal membantu Uruguay di Piala Dunia Qatar, penyerang berusia 35 tahun itu begitu teruja untuk membina namanya di Brazil selepas mencipta pencapaian agak baik di pentas Eropah.
Sebelum ini, bekas penyerang Liverpool dan Barcelona itu menyertai kelab idamannya, Nacional pada musim panas lalu dan berjaya menjaringkan lapan gol dalam 14 perlawanan untuk pasukan itu menjuarai Liga Uruguay.
Gremio dalam kenyataannya mengesahkan Suarez akan menyarung jersi kelab itu sehingga Disember 2024. – Agensi