isu 3R kerajaan tebuk atap
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Dua bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Tan Sri Noh Omar masih tidak tergamak untuk memuji Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia walaupun telah menyertai parti tersebut.

Disebabkan itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd. Puad Zarkashi berkata, kedua-dua mereka terpaksa memburukkan bekas parti yang pernah dianggotai ketika menjalankan kempen pilihan raya.

Mohd. Puad berkata, Annuar dan Noh sepatutnya mengambil kesempatan untuk menceritakan kebaikan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin serta parti yang dianggotai mereka.

Bagaimanapun kedua-dua mereka memburukkan UMNO ketika berkempen kerana menyimpan dendam terhadap parti.

“Noh boleh ceritakan kebaikan Muhyiddin dan PN. Bagusnya Muhyiddin gantung Parlimen dan urus PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).

“Annuar boleh cerita macam mana kejayaan PAS laksana Islam. Dan betapa imannya tambah manis bila masuk Pas.

“Naratif basi mereka ialah “No DAP No Anwar”. No Bersatu tak sebut pula. Semuanya kerana marah dan dendam. Mereka masih geli nak puji melangit Pas dan Bersatu,” kata Mohd. Puad.

Annuar menyertai Pas selepas dipecat daripada UMNO manakala Noh pula mesra dengan Bersatu. Kedua-dua mereka dilucutkan keahlian selepas didakwa mensabotaj UMNO.

Annuar yang merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh aktif berkempen untuk Perikatan Nasional terutama Pas.

Sementara Noh yang pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang berkempen untuk Bersatu. Malah anaknya Nurul Syazwani diangkat menjadi calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast