Tinjauan harapan rakyat pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 di sekitar pusat bandar.

GEORGE TOWN – Peluang harus diberikan kepada kerajaan negeri supaya selari dengan Kerajaan Perpaduan pada peringkat pusat demi kesejahteraan rakyat.

Rata-rata penduduk sekitar pusat bandar Pulau Pinang mahu pemimpin selari dengan kerajaan pusat dipilih menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN15) pada 12 Ogos nanti.

Salimah Had, 68, berkata, perubahan mendadak dalam pentadbiran sesebuah negara memberi kesan buruk dan penukaran kerajaan terlalu acap akan mengagalkan perancangan masa depan untuk rakyat.

Salimah.

“Biar kerajaan negeri atau pemimpin selari dengan Kerajaan Pusat satu penggal untuk kita nilaikan pelaksanaan serta janji mereka.

“Kerajaan Perpaduan pun baru lagi dan mereka sedang lakukan proses untuk pulihkan semula negara.

“Kalau boleh kita nak sama (kerajaan negeri dan pusat) senang takut kalau beralih lagi kelam kabut keadaan negara. Kalau rasa mereka (kerajaan) tak sesuai pilihan raya akan datang kita kalih (tukar) lah,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.

Bagi Akbar Ali Muhammed Rawther, 46, kerajaan yang stabil mampu membuat perancangan jangka panjang termasuk melaksanakannya program kepada rakyat.

Akbar Ali.

“Bukan masa sekarang untuk kita tukar kerajaan sebab fokus kerajaan kini adalah memastikan B40 boleh meneruskan melangsungkan hidup meskipun dunia sedang mengalami kegawatan ekonomi.

“Harapan saya kerajaan yang bakal memimpin nanti mampu menjaga kesejahteraan rakyat khususnya golongan B40,” katanya.

Sementara itu, M. Vasantha, 65, berkata,  kepimpinan Kerajaan Perpaduan di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sangat menitikberatkan golongan kurang kemampuan akan menjadi tonggak untuk rakyat memilih kerajaan negeri pada 12 Ogos ini.

Vasantha.

“Semua kerajaan bagus cuma pimpinan Perdana Menteri terkini bersama gabungan Barisan Nasional lebih mantap dan saya yakin sekiranya kerajaan negeri sama diberikan mandat lebih banyak kemudahan akan dikecapi penduduk negeri ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

VIDEO BERKAITAN:

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast