KUALA LUMPUR – Kata Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz kata yang diwakilinya iaitu Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia kekal menyokong Perikatan Nasional (PN), mengesahkan mereka bukan penyokong tegar Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi menyifatkan kenyataan Syed Imran sebelum ini sebagai syok sendiri, apatah lagi media memberi publisiti murah kepadanya.
Puad berkata, dua hari sebelum ke Mekah, beliau ada melawat Najib di Penjara Kajang.
Beliau mengesahkan penjelasan Nooryana Najwa Najib dalam Facebook miliknya adalah benar, ujarnya.
Dalam masa sama, Puad mencabar Syed Imran supaya mendedahkan sama ada organisasi bukan kerajaan yang dipimpinnya itu berdaftar atau tidak dan berapa jumlah ahlinya.
“Baru boleh sembang ratusan ribu. Saya pun tidak kenal dia,” kata Puad.
Sebelum ini Syed Imran mendakwa penyokong-penyokong Najib tidak akan mengundi calon-calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.
Tindakan tersebut dibuat kerana keadilan terhadap Najib sehingga kini masih tidak ditegakkan, selain didakwa dipandang remeh oleh kepimpinan tertinggi UMNO. – MalaysiaGazette
Tak payahlah nak hasut undi PN. Jangan sampai kita orang beramai ramai heret tengkok kau dan benam muka kau dalam lumpur. Tak tau malu. Dasar kurang ajar dan tak kenang budi. Kalau dah kemaruk sangat nak sokong PN berambus ajelah. Tak payah nak tunjuk hero.
cimran bagai Penghianat, Penting Diri, curi kesempatan demi popular Tembolok Diri bagi capai niat jahat diri..bikin malu kumpulan.