Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dilaporkan sedang sakit semasa berada di luar negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Undang-Undang, Perjanjian Malaysia dan Hubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, Abdul Taib kini sedang dalam pemulihan.

“Keadaan semasa tidak memerlukan perlantikan pemangku memandangkan Yang Dipertua Negeri, walaupun tidak berada di dalam negeri, sedang berkomunikasi dengan Kerajaan Negeri, dan dapat melaksanakan tugas rasmi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharifah Hasidah berkata, kerajaan negeri akan sentiasa dimaklumkan tentang status kesihatannya dan tindakan selanjutnya akan berpandukan Undang-Undang Tubuh Negeri dan kepentingan Negeri.- MalaysiaGazette