KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta MIC memberinya masa untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi masyarakat India terutamanya berkait kemiskinan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, isu itu akan menjaduam tumpuan beliau sebelum beralih kepada masalah lain seperti soal pemberian jawatan.

“Anda (MIC) telah menunjukkan rasa hormat dan sokongan kepada saya, saya amat hargainya. Tetapi saya minta anda sekelian untuk percayakan saya sama seperti mempercayai Presiden kamu, Tan Sri Vicky.

“Sudah menjadi tanggungjawab untuk membalas dan menghormati komuniti India di negara ini, ini termasuk parti MIC yang telah tunjukkan komitmen dan sokongan,” katanya ketika bercakap di Ibu Pejabat MIC, di sini, hari ini.

Menurut Anwar, beliau berharap sokongan tidak berbelah akan diberikan MIC bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini

“Saya terkejut melihat sokongan rata-rata masyarakat India termasuklah ahli-ahli MIC di Jeram Padang baru-baru ini. Penyandang kerusi itu sendiri, ahli MIC datang jumpa saya menyatakan sokongan. Saya terharu,” ujarnya. – MalaysiaGazette