Dalam video berdurasi tujuh saat itu, individu ynag didakwa Khairul Anuar didapati menolak warga emas berbaju t merah.
Rakaman video yang mendakwa Khairul Anuar menolak warga emas berbaju t merah.

ALOR SETAR – Tular satu video di media sosial hari ini mengenai dakwaan calon Perikatan Nasional (PN) bertindak menolak seorang warga emas.

Menurut ciapan, Setiausaha AMK, Omar Mokhtar, ia dikatakan berlaku di sebuah bilik gerakan bagi calon PN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas.

Ia dipercayai berlaku ketika calon PN bagi kerusi itu, Khairul Anuar Ramli berada di bilik gerakan tersebut.

“Hang tutup pintu pasai apa? Keluar memang aku nak keluar, pasai apa tutup pintu,” dakwa lelaki itu dalam video berkenaan.

Dalam video berdurasi tujuh saat itu, individu ynag didakwa Khairul Anuar didapati menolak warga emas berbaju t merah.

Dalam ciapan itu, Omar bertanyakan kepada netizen samada individu berkenaan adalah calon PN Lunas.

“Ada sesiapa boleh sahkan? Betul ke ini calon PN Lunas?

“Takkan la individu yang tolak rakyar yang susah minta bantuan, PN boleh ambil buat calon. Tergamak buat rakyat macam tu?, kata Omar.

Difahamkan Khairul Ramli akan membuat satu sidang media malam ini bagi menerangkan mengenai penularan video berkenaan.

MalaysiaGazette sedang mendapatkan Khairul Ramli untuk mendapatkan komen beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast