Johan Abdul Aziz
Johan Abdul Aziz

SEMENYIH – Datuk Johan Abd Aziz mengakui terpaksa mengambil masa agak lama untuk menjelaskan mengenai gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) ketika bertemu kumpulan tertentu semasa berkempen.

Beliau yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan (DUN) Dusun Tua bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor berkata, banyak faktor dilihat terutama kepada mereka yang tidak faham akan situasi bagaimana boleh terbentuknya Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada gabungan parti yang pernah berseteru satu ketika dahulu.

Bagaimanapun, tidak begitu sukar baginya untuk menggerakkan kempen kerana beliau sendiri sudah dikenali di kawasan berkenaan berikutan pernah menjadi wakil rakyat dan telah bertanding di situ sebanyak empat kali sebelum ini.

“Kita dah muafakat, dah bincang, dah ada pemikir, mereka bukan tak tahu. Dan dah ada ramai pun yang tahu.

“Tapi, ada kelompok ni lain story (cerita), yang ni lain pula story. Kalau nak explain (perjelas) semua memang takkan dapatlah,” katanya ketika ditemui di sini.

Dalam pada itu, Johan memberitahu, meskipun beliau sendiri sibuk berkempen di kawasan yang ditandinginya, namun, beliau tetap meluangkan masa untuk membantu kempen rakan-rakan calon PH BN yang bertanding di dalam kawasan Parlimen Hulu Langat.

Katanya, langkah itu diambil kerana tidak mahu melihat kempen rakan-rakannya ‘lesu’ susulan calon yang diletakkan adalah muka baharu dan disebabkan itu beliau turut menggerakkan jenteranya, selain, beliau sendiri turun untuk mengadakan ceramah-ceramah kelompok.

“Dah tentulah saya akan bantu. Macam hari ini (semalam), TPM (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) datang sini (DUN Semenyih) saya yang atur.

“Macam PM (Perdana Menteri) kelmarin datang, saya minta dia pergi sana (Semenyih) dulu…itu strategi sayalah,” ujarnya. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. UMNO musnah akibat ZAHID HAMIDI kenapa calon UMNO masih jumud? Ketua Pemuda UMNO Malaysia pun sama ke akalnya?
    PRN 6 NEGERI Rakyat mengundi
    UMNO DAP PKR menabur janji
    ANWAR IBRAHIM gementar menjadi-jadi
    ZAHID HAMIDI terpandang-pandang besi jeriji

Comments are closed.