Calon Barisan Nasional (BN), bagi kerusi Dewan undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin tidak berdepan kesukaran ketika berkempen bertemu pengundi.

Ini kerana, pimpinan parti terutama peranan yang dimainkan oleh Presiden Parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam menjelaskan berkenaan pentingnya mewujudkan Kerajaan Perpaduan dalam negara difahami oleh penduduk di dalam kawasan Parlimen Gombak.