KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani Annuar sah keluar dari parti itu kerana untuk bersama perjuangan bapanya, Tan Sri Annuar Musa dalam Muafakat Nasional (MN).
Beliau membuat keputusan itu petang tadi dengan disaksikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di kediamannya di Ketereh.
Afiq berkata keputusan untuk tidak lagi sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta merta.
Tindakan Afiq bertentangan dengan kenyataan sebelum ini yang mahu kekal bersama UMNO kerana jawatan ketua pemuda yang dipegangnya adalah atas pilihan ahli.
Namun, ada sumber menyatakan, sejak Annuar menyertai Pas bulan lalu, beliau sering menerima tekanan daripada pihak yang rapat dengan bekas Ahli Parlimen Ketereh itu.
Malam ini, Malaysia Gazette difahamkan, Afiq akan mengumumkan secara rasmi tindakannya itu dalam satu ceramah politik di Ketereh, yang dijangka turut dihadiri beberapa pemimpin kanan Pas.
Selain Afiq Amani, turut bertindak keluar parti itu ialah 20 ahli dan ahli jawatankuasa UMNO Cawangan Cabang Tiga Tuan Guru Haji Musa. – MalaysiaGazette
Baguslah keluar..jgn jadi duri dalam daging..Jgn lupa tanya bapak ko…duit juta2 cash dlm bilik tidur Muhyidin yang dia dedahkan tu apa cerita?
Kepala Otak anak beranak, “Bapa Borek Anak Rintik”…”Dimana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi”, “Bagai Kuku & Isi”, “Cubit Paha Kanan, Paha Kiri Terasa”..kepala otak bagai “Madu & Racun”…ngam benar??..