Calon Pakatan Harapan N.10 Bukit Melawati, Thiban Subramaniam diiringi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad beramah mesra bersama persatuan nelayan pada sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) Selangor di Pengkalan Jeti Nelayan Tanjong Keramat, Kuala Selangor. Foto MUHD NA’IM, 04 OGOS 2023.

KUALA SELANGOR –  Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengakui ketiga-tiga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Kuala Selangor tidak merentasi laluan mudah dalam pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini.

Tiga DUN itu ialah Bukit Melawati, Ijok dan Jeram yang pada Pilihan Raya ke-14 ianya menjadi milik Pakatan Harapan (PH) daripada parti PKR.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor tetap optimis dan yakin kemenangan bakal menjadi milik Pakatan Harapan (PH) berdasarkan sokongan yang diterima.

Dr. Dzulkefly Ahmad

 

“Seluruh jentera akan memastikan ketiga-tiga calon kita di Bukit Melawati (Thiban Subramaniam), Ijok (Cikgu Amidi Abd Manan) dan Jeram (Jayaha Ibrahim) insya-Allah akan menang,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas lawatan bersama calon Dun Bukit Melawati, Thiban ke Jeti Nelayan Kg Tanjung Keramat di sini petang ini.

Dzulkefly yang setiap hari tanpa gagal turun padang untuk sama berkempen berkata, beliau dapat menyaksikan sambutan pengundi kepada calon-calon PH.

“Masyarakat setempat tidak kira kampung tradisi, kampung nelayan menerima calon-calon kami dengan sangat baik, positif,” ujarnya.

Bagi Dun Jeram dan Bukit Melawati menyaksikan pertembungan dua penjuru pada PRN Selangor kali ini.

Manakala DUN Ijok pula membabitkan saingan tigapenjuru antara calon PH, PN dan calon bebas.. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast