Zulkifli Mohamad Al-Bakri

KUALA LUMPUR – Kes Iki Putra Mubarak akan memberi kesan domino yang boleh menjatuhkan satu persatu undang-undang syariah peringkat negeri.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Islam) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, undang-undang syariah seolah-olah boleh disepak terajang dan dinyahkan walaupun hanya dengan mahkamah majistret atau mahkamah rendah sivil.

Beliau mendakwa, apabila pertembungan berlaku antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil – kes akan sentiasa berpihak kepada mahkamah sivil.

Menurut beliau, satu-satunya jalan bagi menyelamatkan undang-undang syariah adalah melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Ia adalah antara saranan 200 peguam yang telah menandatangani petisyen bagi mendesak pindaan Perlembagaan Persekutuan susulan kes Iki Putra.

Beliau menegaskan, sudah sampai masanya kerajaan memandang serius untuk memperkasa dan memartabatkan undang-undang syariah.

“Saya pasti semua umat Islam faham apabila 20 kesalahan syariah ini diputuskan tidak berperlembagaan, apa implikasinya kepada negeri-negeri lain.

“Perjalanan memperkasa undang-undang syariah ini bukan kerja sehari dua. Saya sedia maklum dan yakin, mana-mana menteri yang terlibat sama ada sebelum atau selepas saya, memberikan komitmen sepenuhnya untuk perjuangan ini.

“Ini masanya untuk kita bersatu kerana ia sudah menyentuh kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam, begitu juga autoriti Mahkamah Syariah,” katanya dalam kenyataan.

Zulkifli berkata, semasa beliau menjadi anggota Kabinet walaupun Malaysia dilanda musibah pandemik Covid-19 keperluan memperkasa, menyeragamkan dan menambahbaik sistem kehakiman dan perundangan syariah sentiasa diberi perhatian utama.

Sekitar tahun 2020 dan 2021, terdapat 28 buah Rang Undang-Undang/Kaedah-Kaedah yang diusahakan oleh kerajaan dan sebahagiannya telah hampir disempurnakan dengan kerjasama pelbagai pihak.

Ini tidak termasuk tujuh pindaan akta sedia ada yang berlangsung pada tahun-tahun tersebut dalam Pelan Pemerkasaan Undang-Undang Syariah Peringkat Persekutuan yang disasarkan sehingga 2025.

“Akhir kalam, saya mengharapkan janganlah isu memperkasakan mahkamah syariah dan penggubalan undang-undangnya menjadi makin melemah dan akhirnya mati di tengah jalan,” katanya memberikan ingatan.

Media sebelum ini melaporkan, Iki Putra telah didakwa di Mahkamah Syariah pada 21 Ogos 2019 atas kesalahan meliwat yang dilakukannya di Bangi.

Namun disebabkan tidak berpuas hati dengan pertuduhan itu, Iki Putra mencabar peruntukan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 dengan mendakwa negeri atau Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menggubal dan membicarakan kes jenayah liwat.

Kes beliau akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan pada 17 Ogos ini bagi mencabar kesahihan enakmen jenayah syariah.-MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Ni satu komen yg bersifat generalisasi dan exaggerate. Mcm mana seorang yg ada PhD boleh mengemukakan pernyataan mcm ni? Semua kesalahan jenayah seperti rogol, bunuh, curi, meliwat adalah dibawah Kanun Acara Jenayah dan dibawah undang2 sivil/ senarai Persekutuan. Kalau liwat dikeluarkan maka kes2 jenayah lain mcm membunuh, merogol, merompak pun patut dikeluarkan dan diletakkan bawah Enakmen Syariah negeri kaa??? Kenapa tak lapor kepada polis dan dakwa dibawah Jenayah Liwat dibawah Kanun Keseksaan yg lebih berat hukumannya? Dan jenayah liwat ni jika dimasukkan dlm Enakmen Negeri pun, bukan semua Undang2 Syariah Negeri mempunyai peruntukan tentang liwat…Adilkah meliwat di Selangor di hukum tp meliwat di Pahang atau di Penang misalnya ok? Sebab dua negeri ni tak ada peruntukan jenayah liwat dalam Enakmen Syariah Negeri..Dan Enakmen Syariah ni terpakai hanya utk org Islam ja..kalau org bukan Islam mrk tak terpakai..jd adilkah org bukan Islam hukumananya lebih berat dari org Islam walaupun sama2 meliwat? Kalau mcm tu buat lah juga utk jenayah membunuh kaa..org Islam didakwa di bawah Qisas…dan org bukan Islam KAJ..adil kaa??..ceteknya pemikiran kamu ni..jgnlah buat popular statement..nak kata jahil kamu tu ada PhD dan bekas mufti! malu weiiii

    • Terbaik Dato’Dr Zulkifli.. teruskan memperkasakan undang-undang syariah.. sesiapa yang dibukan bidangnya tak payah nak campur urusan agama..

  2. Komen kau bukan utk membina tapi menghancur, sekarang dlm proses memperkasa undand2 syariah, kalau orang Islam menjalan hubungan sex sesama lelaki, maka orang Islam dijatuh hukuman ikut kanun jenayah syariah, orang bukan Islam ikut undang2 sivil. Kalau kau buksn Islam jgn campur urusan agama Islam

Comments are closed.