KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh percaya sangat dengan propaganda yang mendakwa jika Perikatan Nasional (PN) menang di Selangor pada pilihan raya negeri 12 Ogos ini maka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun dari Putrajaya.
Sambil menyatakan ayat seumpama itu biasa didengar, Tan Sri Shahrir Samad berkata, kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu tidak masuk akal.
Ia kerana, pengukuhan Kerajaan Perpaduan pada hari ini kerana adanya parti-parti poliik di Sarawak dan Sabah.
“Muhyidin tak boleh percaya sangat propaganda Azmin tu. Jangan berangan nak kembali balik jadi PM ke-11 pula.
“Selagi Pas berada dalam PN, parti-parti politik Sarawak (GPS dan Sabah (GRS) tidak akan bersama Pas.
“Tapi kalau Hj Hadi ikut contoh Lim Guan Eng dengan memohon maaf dari
kepimpinan negeri Sarawak, mungkin boleh kot,” kata veteran UMNO ini.
Ketika berucap di Konvensyen Pilihan Raya PN Selangor Jun lalu, Azmin yang juga Pengerusi PN Selangor berkata, gabungan parti itu memerlukan kemenangan Selangor pada PRN ini sebagai isyarat rakyat telah menolak Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.
Malah, Azmin menegaskan, Anwar perlu berundur dari Putrajaya jika Selangor jatuh kepada PN pada PRN nanti. – MalaysiaGazette
PN menang di Selangor, Anwar akan turun dari Putrajaya – Azmin