Saifuddin setuju tetapi Sanusi tidak untuk berdebat atas pelawaan Amin.

KUALA LUMPUR – Pengacara televisyen dan penceramah bebas, Amin Idris mengesahkan tidak dapat meneruskan platform debat antara Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Ini kerana beliau telah menghubungi pegawai Menteri Besar Kedah dan dimaklumkan Muhammad Sanusi tidak setuju untuk hadir.

“Sepertimana semua sedia maklum, saya tawarkan platform debat dengan saya sebagai moderator untuk pihak Sanusi dan Menteri Dalam Negeri bertujuan masing-masing berdepan bawa hujah berbanding jaguh hanya di depan penyokong.

Amin Idris

“Tujuan debat ini biarlah rakyat yang menilai. Itu sahaja. Perkembangan terbaiknya, Saifuddin sudah bersetuju. Alhamdulillah, tetapi, bila saya follow up pegawai Sanusi, dia memaklumkan MB tidak setuju untuk hadir.

“Oleh itu, saya mohon semua pihak hormati keputusan beliau dan saya juga ucap terima kasih kepada kedua pihak yang bekerjasama dengan baik sekali memberi respon. Saya doakan yang terbaik untuk Sanusi dan Saifuddin,” katanya menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi telah memfailkan saman fitnah terhadap Saifuddin susulan membuat kenyataan fitnah terhadap dirinya berkaitan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan REE.

Muhammad Sanusi berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan dan perlu diperbetulkan menerusi tindakan undang-undang.

Terdahulu, Saifuddin mendedahkan Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah telah menerima kompaun sebanyak RM500,000.

Kompaun itu dikenakan kerana didakwa terlibat dalam kejadian mencuri REE di Kampung Chong, Sik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast