Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Barisan Nasional (BN) Bukit Lada , Datuk Said Ali Said Rastan
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Barisan Nasional (BN) Bukit Lada , Datuk Said Ali Said Rastan

POKOK SENA – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Barisan Nasional (BN) Bukit Lada, Datuk Said Ali Said Rastan berharap pengundi kawasan dapat menyumbangkan satu kerusi kepada Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, slogan gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN), ‘Kalih Bagi Sama’ amat sesuai ditujukan kepada pengundi kawasan DUN Bukit Lada yang sebelum ini diperintah wakil rakyat pembangkang, Ustaz Salim Mahmood Al-Hafiz dari Pas.

“Saya yakin pengundi-pengundi beri satu keputusan yang baik pada 12 Ogos depan. Harapan penduduk di Kedah terutamanya untuk kita kalih kerajaan negeri bagi sama dengan kerajaan persekutuan kerana dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang di peringkat pusat kita tahu 148 kerusi Parlimen akan bertahan untuk lima tahun akan datang.

“Saya berharap sangat Bukit Lada akan menyumbangkan satu kerusi untuk penubuhan kerajaan negeri Kedah,” katanya ketika merasmikan pertandingan bolasepak 8 sebelajdi Padang Bola Sepak Sintetik Econsave Pokok Sena hari ini.

Ditanya mengenai jumlah majoriti tipis yang dimenangi Salim Mahmood pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lalu, Said Ali berkata, gabungan PH-BN yang dibentuk lapan bulan lalu dan menerajui kerajaan persekutuan memberi kelebihan kepada BN untuk memenangi kerusi DUN Bukit Lada.

“Itu perkembangan yang baik di bawah Kerajaan Perpaduan ingin memberikan sedikt kelebihan kita kita cuma kita tidak boleh ambil mudah dan kita masih kena usaha untuk meningkatkan lagi dan beri kefahaman kepada rakyat.

“Kita mempunyai satu matlamat iaitu Malaysia Madani dengan menstabilkan politik negara, dan kita tidak mahu anak-anak muda dalam pemikiran minda mereka siang malam politik,” katanya lagi.

Pada PRU14 lalu, Salim Mahmood memenangi kerusi DUN Bukit Lada dengan majoriti 1,285 undi.

Salim Mahmood mendapat 9,573 undi sementara calon BN, Datuk Ariffin Man 8,288 undi sementara calon PKR yang mewakili PH dengan 6,337 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast