Amirudin Shari

SHAH ALAM – Lagi fitnah dilemparkan ke atas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Selepas dikaitkan tuduhan skandal projek sungai bernilai RM10 bilion dengan pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan, Pengerusi PH itu dituduh pula mahu membina Stadium Malawati dengan kos RM3.2 bilion.

Menurut Amirudin yang juga calon DUN Sungai Tua dirinya kini menjadi sasaran Perikatan Nasional (PN) dengan pelbagai fitnah.

“Saya ingin menjelaskan fitnah yang dilontarkan PN berhubung isu stadium. Mereka mengatakan kos pembinaannya mencecah RM3.2 bilion berdasarkan satu tangkap layar. Ini adalah salah.

“Kos pembinaan stadium baharu masih kekal di antara RM800 hingga RM900 juta seperti yang saya umumkan pada tahun 2022.

“Angka RM3.2 bilion tersebut merupakan cadangan pemaju bagi membangunkan keseluruhan 70 ekar kawasan sekeliling termasuk pembinaan hotel, teater tertutup, stesen bas bersepadu, kompleks parkir kereta dan pusat rekreasi belia,” katanya.

Kata Ahli Parlimen Gombak itu, PN tidak langsung memfokuskan kepada isu polisi dan dasar sebaliknya hanya hidup bergelumang fitnah.

“Insya-Allah dengan izin Allah mereka akan menerima balasan setimpal dengan kejahatan mereka ini pada 12 Ogos nanti.

“Mereka hebahkan kepada umum kononnya saya berbohong dalam menyatakan kos sebenar pembinaan stadium. Janganlah terus jadi pemfitnah,” katanya.

Kata beliau, keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan panel Menteri Besar Diperbadankan (MBI) telah mengekalkan kosnya antara RM800 hingga RM900 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Fitnah tu jadi makanan puak2 walaun ni sbb dihalalkan oleh Lebai Hadi dgn fatwa2 sesat dia…tu sebab Mudin Sakau merompak pun dia boleh halalkan dgn alasan sedekah…

Comments are closed.