PENDANG – Program Sembang Santai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pinang mewakili Pakatan Harapan (PH), Hadzhir Zain yang dijadualkan diadakan malam ini telah dibatalkan.

Program yang sepatutnya bermula jam 9.30 malam tadi sepatutnya turut menampilkan adik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Saidi Adnan sebagai penceramah jemputan.

Difahamkan, program yang sepatutnya diadakan di daerah mengundi Alor Sanibong memaklumkan program terpaksa dibatalkan selepas Hadzhir dan Saidi masing-masing mempunyai urusan penting saat akhir yang perlu diselesaikan.

“Kami memohon maaf kepada jemputan, namun mereka yang dijemput tidak ramai hanya penduduk sekitar DUN ini,” kata pengajur program Sembang Santai itu.

Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Bukit Pinang menyaksikan pentandingan satu lawan satu antara Hadzhir dan calon Perikatan Nasional (PN), Wan Romani Wan Salim yang juga penyandang kerusi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast