Anwar Ibrahim bersama penuntut Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Kepala Batas dalam program Temu Anwar: Bicara Pendidikan MADANI. foto FB Anwar Ibrahim

KEPALA BATAS – Kerajaan Perpaduan akan terus mengekalkan sistem kuota di semua insititusi pengajian tinggi  awam (IPTA) di negara ini bagi memelihara keadilan sosial yang diamalkan sejak merdeka lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan berisiko  tewas dalam semua pilihan raya akan datang sekiranya memansuhkan sistem kuota kemasukan ke IPTA.

Katanya, gesaan memansuhkan sistem itu hanya akan menjerumuskan “negara dalam pergolakan”, kerana isu ini perlu dilihat dalam konteks sejarah negara dan kontrak sosial.

“Kalau nak puas hati you, Anwar Ibrahim hari ini kata batalkan sistem kuota dan kami akan kalah semua pilihan raya di negara ini dan anda akan lebih menderita di negara ini di perintah oleh Pas dan Bersatu.. Itu kena faham.

“Tapi, janganlah umpamanya suruh batal sistem kuota ini. jika kamu suruh batalkan (sistem kuota) akan berlaku pergolakan dalam negara…sistem kouta ini adalah persefahaman yang dibuat sejak sekian lama,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan salah seorang pelajar matrikulasi yang bertanya adakah sistem kuota dibatalkan dan digantikan dengan sistem meritokrasi bagi kemasukan ke IPTA dalam program Temu Anwar: Bicara Pendidikan Madani, di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Bertam petang tadi.

Ahli Parlimen Tambun itu juga menambah bahawa andai kerajaan perpaduan tumpas dengan PAS dan Bersatu berkuasa, “…anda tahu bagaimana mereka melayan anda”.

Tegasnya lagi, sistem meritokrasi bukanlah satu sistem yang sempurna seperti dianggap semua sebaliknya ia mengambil kira kekurangan dan prestasi sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Meritokrasi hanya memberi manfaat kepada pelajar berprestasi tinggi dari sekolah yang lengkap segalanya, ” ujarnya.

Sambil meminta pelajar berkenaan untuk melihat sejarah dan memaham sistem kontrak sosial yang dicapai dulu, Anwar berkata, sekiranya anak-anak betul-betul cemerlang tetapi tidak dapat tempat di insititusi, ia boleh dipertimbangkan semula.

Menurutnya ada juga anak-anak Melayu di kampung yang cemerlang, juga terlepas peluang.

Begitu juga dalam kalangan Orang Asli Sabah dan Sarawak yang berdepan nasib sama yang perlu diambil kira dan dipertimbangkan bersama oleh kerajaan.

“Kalau anak-anak betul sangat cemerlang A, saya dah arah Menteri Pendidikan agar segera cari pelajar terbaik itu dan petimbangkan semula…. tetapi tak boleh mansuhkan sistem kouta.

“Jangan beri peluru kepada dia untuk tembak kita. bagi saya jangan panjangkan hal ini.

“Kita bincang dalam kalanga kita, saya setuju, mana ada ruang untuk memperbaiki, kita akan lakukan dan sila jangan salah faham, i’m with you all anak-anak Cina dan India,” kata Anwar lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast