KUALA LUMPUR – Amazfit Bip 5 sudah mula dipasarkan di negara ini sejak semalam.
Menampilkan skrin yang paling besar dalam kalangan model-model yang ditawarkan ketika ini di pasaran global, Amazfit Bip 5 adalah siri serba boleh yang menggabungkan Zepp OS.
Jam tangan pintar yang kaya dengan pelbagai ciri ini telah menetapkan satu penanda aras baharu dalam pengalaman pengguna, jauh melebihi jangkaan untuk peranti peringkat permulaan.
Amazfit Bip 5 memaparkan skrin sentuh resolusi tinggi ultra-besar 1.91” dan Zepp OS 2.0 yang canggih, menyokong 70+ apl, termasuk 30+ permainan mini.
Ciri pintar lain seperti Amazon Alexa, kemas kini waktu pagi dan skrin kaca sedikit melengkung, untuk paparan yang lebih semula jadi, meningkatkan pengalaman pengguna. Ia juga menyokong pilihan Portrait Watch Face, membolehkan pengguna bertukar kepada sehingga tiga gambar yang dimuat naik.
Sebagai jam tangan pintar paling canggih dalam siri Bip, Amazfit Bip 5 memanfaatkan Zepp OS 2.0 dan penderia BioTracker™ PPG yang memfokuskan kesihatan, membolehkan pemantauan ketepuan oksigen darah 24 jam, bersama-sama dengan kadar denyutan jantung dan tahap tekanan.
Pengguna boleh menetapkan makluman untuk ketiga-tiga bacaan ini dan dimaklumkan jika bacaan tidak normal dikesan.
Amazfit Bip 5 menampilkan ciri berkaitan kecergasan, menampilkan lebih 120 mod senaman.
Pengguna boleh mengesan tujuh sukan secara automatik, atau mengakses bacaan data sukan masa nyata melalui pembesar suara terbina dalam untuk pengalaman senaman yang lebih bijak.
Walaupun selepas bersenam, Amazfit Bip 5 terus menarik perhatian.
Penggabungan algoritma PeakBeats™ Amazfit menawarkan analisis terperinci data senaman seperti VO₂ Max. Pengguna kemudiannya boleh berkongsi maklumat ini dengan aplikasi kecergasan seperti adidas Running dan Strava, melalui Apl Zepp.
Dari 5 hingga 8 Ogos, Amazfit Bip 5 boleh didapati secara eksklusif di Shopee pada harga pelancaran istimewa RM319 untuk 200 Bip 5 pertama, berbanding harga ditetapkan pada RM329 selepas pelancaran itu. – MalaysiaGazette