Orang awam menunjukkan jari berdakwat setelah mengundi. Gambar Hiasan. Foto MOHD ADZLAN, 19 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Majoriti pengundi India memilih MIC yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) sebelum tsunami politik melanda pada penghujung 2007 akibat kehadiran Hindraf.

Undi masyarakat India mula pecah selepas itu dengan memilik PKR dan DAP selain MIC sebagai alternatif.

Seorang pengundi India di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya berkata, tidak seperti kebiasaan menjelang pilihan raya, kali ini pengundi India tidak teruja.

Beliau yang tidak mahu dikenali mendakwa, kebanyakan pengundi India merasakan terpinggir dalam pelbagai isu.

Jelasnya, tidak kira parti mana yang disokong, kesetiaan pengundi India disalahgunakan setiap kali menjelang pilihan raya dengan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat hampir tidak diberi perhatian.

Kingmaker? Kita hanya kingmaker bila hendak mengundi sahaja. Lepas itu apapun tiada.

“Tapi hari ini situasinya sama sahaja, untuk kemasukan matrikulasi juga kita terus merayu, untuk sekolah Tamil terus berjuang, isu-isu lain termasuklah kemiskinan, sosial malah representasi kita dalam kerajaan dan juga luar sama. Sedikit sangat penglibatan.

“Isu SOSMA yang tangkapannya rata-rata kaum India, dulu kata ini penganiyaan hari ini lepas jadi kerajaan lain pula nada,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Seorang lagi penduduk berkata, pengundi India terpaksa menerima parti dalam Kerajaan Perpaduan walaupun dahulu MIC dikatakan sebagai sebuah parti yang teruk yang menyebabkan kaun itu terpinggir.

Berikutan itu, katanya, kini sukar untuk mengumpulkan orang India untuk menghadri ceramah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 berikutan kekecewaan itu.

“Dalam parti pun, mana ada Menteri PKR atau yang jaga hal ehwal India? Sedangkan pengundi dalam kalangan masyarakat India paling banyak undi untuk calon-calon PKR tapi tidak ramai India yang dapat tempat.

“Sebelum ini, senarionya lain sekali semua teruja dengan harapan tinggi akhirnya kami kecewa,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast