TELUK KUMBAR – “Rata-rata kami perlu keluar lebih lima kilometer dari Teluk Kumbar semata-mata untuk mendapatkan minyak (petrol) dan ia sudah menjadi rutin penduduk sejak berpuluh tahun,” kata Ismail Hussien, 60.
Menurut anak jati Teluk Kumbar itu, selain itu stesen minyak mereka juga berdepan situasi sukar untuk mengeluarkan wang dari mesin juruwang automatik (ATM) setiap kali menerima gaji memandangkan 15,000 penduduk perlu berebut untuk menggunaka perkhiodmatan dua mesin ATM.
“Mungkin remeh bagi penduduk kawasan lain tapi bagi kami ia bebanan yang ditanggung penduduk sejak berpuluh tahun kerana tak kira siapa yang memerintah kami tetap tiada kemudahan itu.
“Memang ada dua mesin ATM dalam sebuah kedai serbaneka di sini tapi adakalanya rosak dan bila awal bulan (gaji) duit mesti habis dan macam mana pun kami kena keluar ke Bayan Lepas, Bayan Baru atau Balik Pulau hanya untuk ambil duit.
“Macam-macam kedai boleh disewa di sini, takkan depa (mereka) yang bertanggungjawab tak boleh cari jalan untuk mudahkan urusan penduduk dan kita harap wakil rakyat yang menang nanti tolong selesaikan isu ini,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.
Bagi Juherda Harun, 35, pula, dia dan suami terpaksa memilih untuk menaiki bukit ke Balik Pulau setiap kali untuk mengisi petrol bagi kenderaan masing-masing.
“Ikutkan paling dekat stesen minyak dengan kawasan kediaman kami adalah di Sungai Tiram, Bayan Lepas namun kesesakan lalu lintas untuk ke sana membuatkan saya dan suami memilihn untuk ke Balik Pulau meskipun laluan itu berbukit.
“Saya percaya kesukaran ini bukan saja dialami kami malah seluruh penduduk di kawasan Teluk Kumbar kerana isu tiada kemudahan ini bukan sesuatu yang baharu,” katanya.
Sementara itu, Abdul Razak Ahmad, 77, berkata, dia berdepan situasi perlu meminjam wang daripada kenalan terdekat untuk membuat pembayaran sekiranya keadaannya tidak mengizinkan untuk pergi ke bank bagi mengeluarkan wang.
“ATM dalam kedai serbaneka itu selalu ramai orang dan perlu beratur panjang. Pak cik ni tak berapa sihat tambahan pula mempunyai masalah lutut yang menyebabkan saya tak boleh berdiri lama untuk mengeluarkan duit.
“Keadaan itu membuatkan saya perlu keluar dari sini (Teluk Kumbar) atau meminjam dulu wang daripada orang lain agar urusan pembayaran tertentu tidak tergendala kerana jika bayar lewat saya berdepan penalti.
“Kalau boleh bagi ada satu bank, pejabat pos ka di sini demi kemudahan penduduk serta generasi akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette
Betapa tak bersyukur nya..kalau setakat 5 km untuk mengisi minyak..takkan sampai viral..masih ada lagi penduduk yg tinggal dikawasan pendalaman yg mengisi minyak kereta motor masih menggunakan petrol yg dijual dlm botol. malah jauh sekali untuk merasa kemudahan ATM. Tinggal di Pulau Pinang yg terawal di istiharkan sebagai Bandaraya masih merungut.
jangan begitu saudara adnan, kita seharusnya membantu sesama, bukan meteka x bersyukur, cuma kemudahan asas seperti mesin atm, bank, pejabat pos, stesyen minyak dan keperluan asas lainnya perlu ada, dan tentunya satu atau dua mesin atm tak dapat menampung keperluan penduduk yg ramai begitu…. moga keluhan mereka didengar,. saya sendiri pun pernah menyewa di situ 22 thn lalu, itupun dah agak sesak juga jalannya, mungkin dalam masa terdekat saya akan kesana… kalau x silap la,.. Teluk kumbar ni terkenal dgn restoran mee udangnya (maklong mee udang), apa khabar mereka sekarang yaa….
ini zaman bila?
bkn zaman 70an
jika tempat lain 10 langkah satu bank ada dgn pam minyak, kenapa teluk kumbar dlm negeri maju depa tak buat? itu pun cuma cadangan penduduk situ.
mcm kepala batas ada berlambak atam Dan pam minyak
Dorang tu manja sangat kot.. dah duduk bandaraya.. macam tu la
Kami di Sabah..
Stesen minyak paling dekat – 21 km
ATM/Bank – 33km
Otukkkoii… Baru 5km ja pun dah merungut…kami punya stesen minyak pun jarak dah 7km paling dekat dan teda atm.. Nak kuar duit kat atm kena jalan lg 3km.. Penduduk area kami bkn stakat belasan ribu malah puluhan ribu..PULUHAN ribu penduduk hidup PULUHAN tahun tanpa stesen minyak, bank.. TAPI… kita tak kecoh, steady jerr..
Tak caye, jom dtg sabah..
Ingatkan jauh mana.. setakat 5 kilometer ja..
Kami di Sabah..
Nak cari stesen minyak.. dekat 21 km..
Atm atau bank (BSN).. 33km