Saifuddin Nasution Ismail. Foto MOHD ADZLAN, 01 OGOS 2023.

PADANG TERAP – Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak mendapat maklumat sama ada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan ditahan atau tidak.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, sekiranya tangkapan dilakukan ia dilakukan di bawah bidang kuasa polis dan bukan atas arahan menteri.

“Saya tidak ada maklumat sehingga saya baca kenyataan polis. Ini tidak bagus dengan suasana kita bertarung (dalam PRN) kita bawa elemen tidak pasti.

“Apakah ada kemungkinan (Sanusi ditangkap), saya tidak boleh jawab bagi pihak itu sebab penguatkuasa ini polis,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan walkabout bersama calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Pekan Naka, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata demikian mengulas pertanyaan media sama ada Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu akan ditangkap tidak lama lagi.

Semalam, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan dalam kenyataan menafikan pihaknya telah menahan Sanusi. – MalaysiaGazette

Polis nafi tahan Sanusi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast