Surat 'Tawaran Membekal Katil Dua Tingkat dan Tilam Asrama Bomba (Daerah Kuantan)' yang tular semalam.

KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang tidak pernah mengeluarkan surat tawaran pembekalan katil dan tilam seperti edaran kepada pembekal perabot sejak hari semalam.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria, dokumen itu telah disahkan palsu.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima beberapa aduan berkenaan penularan surat ‘Tawaran Membekal Katil Dua Tingkat dan Tilam Asrama Bomba (Daerah Kuantan)’.

“Jabatan ini meminta pihak-pihak yang terkesan dengan kejadian ini untuk melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JBPM Pahang juga telah membuat laporan polis berhubung pemalsuan dokumen kerajaan itu kerana dikhuatiri boleh mengelirukan pihak yang berkaitan dan boleh mengakibatkan kerugian kepada mereka.

Orang ramai turut dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan modus operandi terbaru oleh ‘scammer’ yang menggunakan nama agensi kerajaan untuk menipu dan memperdaya pihak yang terlibat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast