Islam terancam badal haji pelik seks songsang
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUS – Naratif  keselamatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor terancam dan wujud perancangan jahat terhadap pemimpin itu sedang dikembangkan oleh Pas bagi menarik simpati rakyat.

Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini adalah provokasi berniat jahat dalam saingan politik untuk menarik simpati rakyat malah mencipta kebencian terhadap lawan politik.

“Pendakwaan berlaku melibatkan kesalahan menghina DYMM Sultan Selangor. Perbicaraan telah ditetapkan lambat lagi selepas PRN. Isu kecurian nadir bumi (REE) perlu diambil tindakan menurut lunas undang-undang.

“Ada pun dalam pilihan raya kita bersaing tanpa memerlukan provokasi melibatkan keselamatan seseorang,” tulis di Facebook.

Khairuddin berkata, jika benar perkara itu berlaku, beliau sendiri akan tampil mempertahankan seseorang daripada kezaliman.

“Tetapi rakyat semakin celik tidak terpengaruh dengan provokasi sebegini dalam arena demokrasi. Tetapi rakyat semakin celik untuk tidak terpengaruh dengan provokasi sebegini dalam arena demokrasi,” katanya.

Hari ini media melaporkan, Muhammad Sanusi tidak muncul pada ceramah di Kedah malam tadi selepas dikatakan dinasihat supaya ‘berhenti sementara’ daripada menghadiri program seperti itu.

Keputusan berkenaan dibuat selepas ada pihak didakwa ‘memasang perangkap’ untuk menjatuhkannya.

Terdahulu, Muhammad Sanusi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail saling mencabar mengenai isu dakwaan kecurian REE yang didakwa berlaku di Kedah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast