Calon BN N03 Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin berucap pada Ceramah Umum PH, di Gelanggang Bola Keranjang Bagan Sungai Besar, malam ini. Foto: NIZAM ZAIN

SUNGAI BESAR – Walaupun kekok menggunakan bahasa Mandarin ketika memperkenalkan diri di hadapan masyarakat Tiong Hua di kawasan Bagan di sini, namun ia tidak menghalang Datuk Mohd Imran Tamrin untuk meraih undi.

Sebagai rakan baharu dalam Kerajaan Perpaduan, sudah tentu jentera Pakatan Harapan (PH) banyak membantu Mohd Imran untuk meyakinkan pengundi Cina memberi undi dan memenangkan calon Barisan Nasional (BN) itu.

“Wo Imran Tamrin, nama saya Imran, panggil saya Imran, saya tinggal tak berapa jauh dari sini (Bagan Sungai Besar), saya tinggal di Sungai Nibong.

“Pekerjaan saya semua dan rakan-rakan tahu, saya bekerja sebagai peguam, firma guaman saya tak jauh dari sini, di Sungai Besar, Zabir Imran & Partners.

“Rakan-rakan dalam BN tahu dan kenal saya, mungkin kawan-kawan dan teman-teman, kawan baharu kita dalam PH dan juga DAP, mungkin baru nak mengenali saya,” katanya ketika berucap pada Ceramah Umum PH, di Gelanggang Bola Keranjang Bagan, di sini, malam ini.

Calon BN N03 Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin bersalaman dengan masyarakat Cina pada Ceramah Umum PH, di Gelanggang Bola Keranjang Bagan Sungai Besar, malam ini.
Foto: NIZAM ZAIN

Mohd Imran yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi N03 Sungai Panjang dalam PRN15 pada 12 Ogos ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mohd Imran memenangi kerusi N03 Sungai Panjang dengan majoriti 2,084 undi selepas menewaskan calon daripada Pas dan PKR. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast