Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau sendiri secara peribadi memilih calon Juwairiya Zulkifli sebagai calon pilihan Pakatan Harapan (PH) bertanding di kerusi Dewan Undangan Neger (DUN) Hulu Kelang lawan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata, beliau memilih Juwairiya kerana merasakan tokoh wanita mampu memberikan saingan cukup sengit buat Azmin Ali.