KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ambil peduli Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggilnya bodoh, n
Perdana menteri berkata, namun beliau tidak akan berkompromi dengan pihak yang mencuri wang rakyat atau melakukan perbuatan khianat.
“Muhyiddin panggil saya bodoh baru-baru ini tapi bila orang minta beri contoh kebodohan dia tidak bagi pula. Dulu Muhyiddin suka hina saya juga dengan panggil saya PM ‘tepi’ tapi kini saya PM dia pula di mana? Jangan takbur, Tuhan tidak suka.
“Saya tunggu 25 tahun untuk menjadi Perdana Menteri, ada juga yang sudah putus asa. Saya sendiri pada tahun ke-24 sudah berputus harap, Allah angkat saya pada saat-saat akhir itu menjadi Perdana Menteri.
“Saya tidak kisah jika Muhyiddin mahu panggil saya bodoh atau sebagainya, yang saya tahu saya hendak buat yang terbaik untuk rakyat saya,” katanya pada Ceramah Umum di Hulu Kelang, di sini, malam semalam.
Menurut Presiden Pakatan Harapan (PH) itu, beliau komited dalam menyelesaikan isu-isu yang membelenggu rakyat terutama kemiskinan. – MalaysiaGazette