Rasmus Hojlund. Foto BBC.

LONDON – Penyerang baharu Manchester United, Rasmus Hojlund mengakui bsangat gembira kerana impiannya untuk menyarung jersi United akhirnya tercapai.

Pada masa sama, pemain antarabangsa Denmark itu juga sanggup berjuang ke titisan darah terakhir demi membawa pasukan barunya memenangi banyak trofi kejuaraan.

“Saya sangat gembira kerana menyertai United dan saya bersedia untuk berjuang apabila mengenakan jersi ini.

“Kehadirannya saya disini untuk memenangi beberapa piala dan sudah tentu itu matlamat saya dan alasan saya kenapa saya datang disini.

“Saya masih berusia 20 tahun jadi sudah tentu masih banyak yang perlu saya pelajari meskipun begitu saya harap boleh menjadi penyerang bertaraf dunia secepat mungkin.

“Saya tahu ini adalah liga paling kompetitif di dunia. Bermain untuk United sentiasa menjadi impian saya. Jadi ini adalah dua komponen yang sangat penting yang membuatkan keinginan dan keputusan saya untuk datang ke sini,” katanya memetik laporan Buletin Manchester United.

Sebelum ini, United mengikat Hojlund dari Atalanta dengan yuran perpindahan dilaporkan £64 juta (RM372 juta).

Hojlund bersetuju memeterai kontrak lima tahun dengan pilihan tambahan semusim lagi ketika pengurus Erik ten Hag akhirnya memenuhi harapannya untuk membawa masuk seorang penyerang menjelang kempen baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).

United bagaimanapun mungkin perlu membayar tambahan £8 juta (RM46 juta) terhadap pemain berusia 20 tahun itu jika klausa tambahan dalam kontraknya dipenuhi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast