SEREMBAN – DAP tidak pernah angkuh di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) Barisan Nasional (BN) seperti yang difikirkan kebanyakan orang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menambah, parti itu juga tidak membantah usaha kerajaan membantu menaikkan bantuan kepada pesawah, nelayan dan peneroka yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu.
“Orang duk (asyik) bangkit (kata) DAP, DAP, DAP. Saya hendak beritahu, DAP itu ada 40 Ahli Parlimen, tidak angkuh dalam mesyuarat, (boleh) tanya kawan-kawan kita (ahli parlimen lain), (DAP) bincang dengan baik.
“Program-program menaikkan harga padi, bagi (bantuan) nelayan, RM8.3 bilion untuk (tolong) Felda, Loke (Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook) tak bantah pun.
“Yang dia minta supaya kita anggap anak Cina, India, itu sebagai keluarga kita (untuk) dijaga bersama, itu sahaja,” katanya.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
Hadir sama Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid dan beberapa calon BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 12 Ogos ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapannya turut menyifatkan DAP tidak pernah mencampuri urusan kerajaan memartabatkan agama Islam di negara ini.
“Bila Perdana Menteri mengemukakan perkara-perkara yang menyentuh mengenai kesyumulan agama Islam, pertambahan peruntukan untuk menobat, memartabat dan mempertingkatkan darjat dan harkat Islam, adakah YB Anthony Loke menentang?
“Tidak kerana DAP menghormati kedudukan agama Islam (jadi) bagaimana kita dituduh kononnya Islam terancam,” katanya.
Sebelum ini, Anthony menyifatkan modal ‘Undi UMNO dapat DAP’ dan sebaliknya yang digunakan parti lawan untuk meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah cubaan memesongkan pemikiran rakyat dan tidak matang.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, tindakan itu juga menunjukkan pemimpin pembangkang sudah ketandusan modal dan cuba memperbodohkan rakyat.
Malah katanya, DAP langsung tidak meletakkan calon di Kelantan serta Terengganu, sebaliknya semua calon Barisan Nasional (BN) diwakili UMNO dan parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH). – MalaysiaGazette.
DAP cool. Rakyat Malaysia tahu tak dulu-dulu siapa yang bersungguh-sungguh menentang GUNA AKSES KERAJAAN untuk KEMPEN POLITIK? siapa BINATANG-BINATANG sekarang masih salahguna KUASA…. ada ke ada ke.. khas KEMPEN POLITIK… KEMPEN POLITIK… minta list caraguna dan contoh jika ada…. mungkin orang PKR boleh bantu…