Chow Kon Yeow selepas Majlis Santuni Agro Pertanian Madani di Kelompok Padi, Kampung Sama Gagah Permatang Pauh petang hari ini.

PERMATANG PAUH – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin diminta menjelaskan bagaimana Kerajaan Perpaduan akan tumbang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, ia tidak akan berlaku kerana Kerajaan Perpaduan mempunyao sokongan yang mencukupi daripada Ahli Parlimen ketika ini.

“Secara asasnya kita sudah ada sokongan daripada 10 ahli Parlimen UMNO, mungkin sekitar 15 orang tetapi sedang takut kerana mereka telah diperas ugut,” dakwanya di Kampung Sama Gagah, di sini, hari ini.

Terdahulu ceramah di Petaling Jaya Selangor semalam, Abdul Hadi mendakwa beberapa Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan sedang menunggu untuk PN menang dalam PRN pada 12 Ogos ini sebelum memberikan sokongan kepada gabungan parti politik itu. – MalaysiaGazette