T Mohan hadir berkempen untuk calon BN Batang Kali hari ini.

BATANG KALI – Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan membantu calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim berkempen hari ini.

Kata Mohan , sokongan masyarakat setempat terutamanya di Taman Teratai di Sg Choh adalah positif ketika pihaknya melakukan lawatan ‘door to door’ petang tadi.

“Memang ada banyak naratif di luar sana tetapi jika turun padang, kita tengok ramai juga juga yang menyokong mana-mana calon yang kuat bekerja, memberikan perkhidmatan terbaik dan kurang bermain politik sepanjang masa.

“Semasa kempen tadi, beberapa penduduk Taman Teratai telah meluahkan isu masing-masing termasuklah padang terbiar tanpa penyelengaraan, jalan berlubang, masalah monyet akibat projek pembangunan serta isu terpencil yang lain,” katanya.

Kerusi DUN Batang Kali diisytiharkan kosong sebelum ini berikutan penyandangnya, Harumaini Omar gagal hadir tanpa kebenaran msemasa persidangan DUN Selangor.

Kerusi itu dimenangi Parti Pribumu Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) dengan majoriti 8,315 undi dengan memperoleh 21,536 undi bagi menewaskan Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan dari BN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast