Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berharap peratusan keluar mengundi pada Sabtu ini tinggi, sama seperti proses pengundian awal semalam.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, ini kerana semua negeri bertanding mencatatkan peratusan keluar mengundi melebihi 90 peratus.

Menurut beliau, Terengganu merekodkan bilangan keluar mengundi kedua tertinggi iaitu sebanyak 95.91 peratus.

“Syabas saya ucapkan buat semua anggota dan keluarga yang mengundi kerana kalian telah menjalankan tanggungjawab demi masa depan Malaysia tercinta.

“Diharapkan momentum ini akan diteruskan oleh semua pengundi di keenam-enam negeri pada 12 Ogos, Sabtu ini,” katanya di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, SPR dalam kenyataan semalam memaklumkan seramai 72,554 orang terdiri daripada anggota tentera, polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal.

Kedah mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 96.02 peratus diikuti Terengganu 95.91 peratus, Selangor 95.87 peratus, Pulau Pinang 95.01 peratus, Negeri Sembilan 94.05 peratus dan Kelantan 93.90 peratus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast