GOMBAK – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yakin sokongan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berpihak kepada Kerajaan Perpaduan.
Kata Megat, rakyat kini bijak menilai tindak tanduk ahli politik yang berkhidmat untuk rakyat dan yang hanya pandai berpolitik demi kuasa.
“Ketika ini semuanya berjalan lancar pada hari-hari akhir kempen ini. Kita juga sudah hampir ke pusingan 100 meter terakhir sebelum lengkapkan larian 400 meter.
“Semalam kita semua dikejutkan dengan satu poster yang mendakwa saya akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Ini satu taktik jahat dan jijik dimainkan oleh setengah pihak untuk melagakan jentera dan mengelirukan rakyat,” dakwanya kepada MalaysiaGazette, selepas Karnival Mini Pendidikan Kolej Vokasional Gombak, di sini, hari ini.
Semalam tular poster yang bertajuk “Amirudin bakal diganti, Megat MB Selangor baharu?”.
Megat Zulkarnain berkata, bagaimanapun rakyat menyedari taktik digunakan pihak lawan untuk menang pada pilihan raya dan ia tidak mendapat tempat dalam kalangan rakyat. -MalaysiaGazette
CALON UMNO arae Gombak ni tidak NAFI pulak dia TIDAK MAHU menjadi MB SELANGOR…. PKR perlu nak dipatuk ke??? DAP pasti tidak menyokong Parti SAKAU tu..