GOMBAK – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan membantu pemilik tanah, gtermasuk Orang Asli, yang terlibat dalam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk mendapat pampasan mengikut harga pasaran.
Timbalan Perdana menteri berkata, selain itu, kuota kemasukan anak Orang Asli ke universiti juga akan dinaikkan kepasda 400 orang berbanding 200 pelajar sebelum ini.
“JAKOA juga akan sumbang RM1,000 tunai untuk setiap Orang Asli yang diterima masuk ke universiti tahun ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Madani Bersama Hawa Malaysia di Dewan Serbaguna JAKOA Batu12, di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pihaknya telah bersetuju Institusi Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) ditubuhkan untuk Orang Asli.
Katanya, beliau mahu semua remaja Orang Asli dilatih untuk mendapat kerja bagi bagi mereka yang berminat menjadi usahawan, institusi TVET juga akan memberi latihan kepada golongan itu.
“Saya tidak cakap semua ini kerana pilihan raya, jangan tuan puan ingat ini adalah janji pilihan raya. Ini adalah kerajaan Madani yang cukup komited dalam memajukan seluruh Orang Asli. Semua yang saya cakap ini juga sudah mula dilaksanakan di bawah kerajaan ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zahid memperkenalkan calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin kepada warga Orang Asli Batu 12.
“Beliau ini Setiausaha Politik saya, kebetulan pula menjadi calon kepada Gombak Setia pada PRN ini. Saya minta kepada tuan puan, jika beliau tidak hadir menangani isu anda, beritahu saya. Tapi saya kenal beliau, kerana itu juga saya lantik beliau.
“Insya-Allah jika diberi mandat, beliau akan dapat melakukan yang terbaik untuk warga Gombak Setia khasnya golongan Orang Asli di sini,” katanya. – MalaysiaGazette
ZAHID HAMIDI berjanji lagi… wahai rakyat Malaysia sekarang ZAHID HAMIDI buat janji baru… sumpah dengan Allah pun DIA hanyutkan ke laut.. inikan pula manusia bawahannya.. nak kena percaya lagi ke?