LONDON – Wolves bertindak pantas melantik Gary O’Neil sebagai pengganti Julen Lepotegui bagi mengisi jawatan ketua jurulatih pasukan itu.
Pengendali yang berusia 40 tahun itu merupakan jurulatih British pertama membimbing kelab itu dalam tempoh enam tahun ini.
Namun dia dipecat Bournemouth pada Jun lalu walaupun berjaya memastikan The Cherries tidak tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).
O’Neil menandatangani kontrak tiga tahun selepas Wolves dan Lopetegui bersetuju untuk membawa haluan berbeza semalam, yang difahamkan berikutan perbezaan pendapat mengenai arah tuju pengambilan pemain kelab itu.
Dengan hanya beberapa hari lagi sebelum musim baru EPL dibuka hujung minggu ini, O’Neil perlu segera melakukan persiapan terbaiknya menjelang aksi pertama menentang Manchester United di Old Trafford awal pagi Selasa ini. – Agensi