Parenthood’s Parents’ Choice Awards adalah pengiktirafan tahunan yang diberikan kepada pelbagai jenama terkenal di Malaysia.

KUALA LUMPUR – Hampir 100 jenama pilihan ibu-bapa di Malaysia menerima anugerah Parenthood’s Parents Choice Awards 2023 anjuran Majalah Parenthood dalam satu majlis di sini baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusan Rangkaian Media Parenthood, Teresa Chin, anugerah tersebut diberikan berdasarkan undian yang dibuat oleh pembaca Majalah Parenthood sejak awal tahun ini.

Untuk rekod, Parenthood’s Parents’ Choice Awards adalah pengiktirafan tahunan yang diberikan kepada pelbagai jenama terkenal di Malaysia yang menyediakan produk dan perkhidmatan bagi ibu bapa dan kanak-kanak.

Teresa menambah, anugerah itu juga mampu menjadi penanda aras untuk digunakan oleh para ibu bapa di luar sana bagi mencari pilihan jenama berkualiti untuk keluarga mereka.

“Dengan tumpuan khusus untuk mempromosikan kecemerlangan, PCA bertujuan untuk menyokong ibu bapa dalam membuat pilihan yang tepat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, bagi Anugerah Jenama Mainan Terbaik dimenangi oleh Lego manakala anugerah Jenama Kasut Terbaik Untuk Kanak-kanak diberikan kepada Skechers.

Selain itu bagi Permainan Papan Keluarga Terbaik pula dimenangi oleh Monopoly dan Jenama Kraf Tanah Liat Terbaik dimenangi oleh Play-Doh.

Anugerah Susu Pembesaran Terbaik pula diberikan kepada Enfagrow A+ Mindpro. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast