KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dijadual menyampaikan Amanat Khas sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor secara langsung esok.
Amanat khas itu akan disiarkan pukul 11 pagi esok.
Orang ramai khususnya warga Selangor boleh mengikuti amanat tersebut menerusi semua saluran media sosial termasuk Facebook Amirudin.
Selain itu, amanat sama turut boleh disaksikan di beberapa laman sosial media tempatan.
Selain Selangor, PRN diadakan di Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang dengan hari pengundian ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu ini. – MalaysiaGazette