SIK – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor secara berseloroh menjelaskan beliau seorang yang bercakap lemah lembut dan menyifatkan ucapannya lebih lembut daripada kuih bahulu.
Menteri Besar Kedah itu berkata, beliau mula meninggikan suara apabila isu Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang ditolak kelulusan pembinaannya oleh Kerajaan Persekutuan.
“Memang ada perundingan dengan syarikat Yayasan Albukhary untuk terbabit dalam pembinaan KXP tapi pelantikan belum berlaku, jadi macam mana Datuk Seri Anwar Ibrahim (boleh) jadi jurucakap Albukhary, tiba-tiba sahaja.
“Itulah detik saya mula meninggikan suara kepada Perdana Menteri dan kerajaan Persekutuan, sebelum itu takda, saya mana ada cakap kasar dengan orang, cakap lembut, lebih lembut daripada bahulu,” katanya dalam ketika berucap dalam ceramah kelompok di Charok Kubong malam tadi.
Muhammad Sanusi berkata, episod pembatalan KXP menjadikan beliau kini lantang mengkritik kerajaan pimpinan Anwar yang menjadi permulaan kepada tabiat cakap lepas dan kasar sekarang.
Malah beliau berkata, jawapan mengguris hati terhadap cadangan membangunkan projek itu menyebabkannya mula meninggikan suara kepada kerajaan.
“Saya dok ingat-ingat bila saya mula cakap lepas ni, saya tak cakap macam ini dulu, tak pernah kata kat sapa, dua tahun setengah sebelum November 2022, saya tak pernah marah kat sapa-sapa, bertelingkah ka, berseteru atau berkrisis.
“Sehinggalah usaha kita untuk membangunkan KXP diberi jawapan yang sangat menguris hati pegawai, petugas, pekerja, ahli lembaga pengarah syarikat Menteri Besar dan Exco kerana pada jawapan di Parlimen sewaktu dianjurkan tentang soalan KXP, Perdana Menteri tidak bercakap benar dengan kita, jadi kita ada hak untuk bertindak balas.
“Bukan saya maki dia.. bukan, saya kata jawapan Perdana Menteri di Parlimen tidak benar, dia kata projek KXP itu tidak dapat dilaksanakan kerana kontraktor yang mencadangkan projek itu telah menarik diri lalu dibatalkan,” katanya lagi.
Untuk rekod, isu kelulusan projek mega KXP yang dianggar bernilai RM8 bilion mencetuskan kontroversi apabila pembinaanya tidak dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Perdana Menteri menjelaskan pembinaan KXP memerlukan kajian teliti sebelum boleh dilaksanakan kerana membabitkan beberapa aspek penting terutamanya keselamatan negara selain perlu melalui prosedur dan peraturan tertentu. – MalaysiaGazette
Tak payah sembang laaa .org Kedah Perlis ni mmg bahasa kasaq..mulut puaka ..tgk artis2 depa..semua mulut longkang sama dgn MB…kepala bapak hang laa