LONDON – Reece James dilantik sebagai kapten Chelsea yang baharu selepas pemergian pemain pertahanan Sepanyol, Cesar Azpilicueta yang menamatkan tempoh panjang kariernya di Chelsea selepas kontraknya berakhir.
Sebelum ini, penyokong menjangkakan Thiago Silva akan menjadi kapten baharu pasukan memandangkan dia seringkali menjadi kapten Chelsea ketika ketiadaan Azpilicueta ataupun Jorginho sebelum ini.
Selepas beberapa pertimbangan dibuat akhirnya James yang merupakan pemain dibangunkan akademi Chelsea dan berkembang menjadi pemain utama serta pemain kebangsaan pasukan England terpilih.
Dia seringkali dianggap sebagai salah seorang bek sisi ofensif yang memiliki masa depan cerah di masa hadapan selain emiliki gaya permainan yang lasak.
Namun musim lalu bukan musim yang terbaikbaik untuk James kerana dia banyak berada di bilik rawatan kerana masalah kecederaan.
Sementara itu, Chelsea akan memulakan musim ini dengan aksi panas pertembungan menentang Liverpool. – Agensi