Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Grand Finale Kuala Selangor sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 Selangor di Bestari Jaya, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 10 OGOS 2023.

KUALA SELANGOR – Tiada satu pun aset Kerajaan Persekutuan digunakan calon Kerajaan Perpaduan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) di enam negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau sendiri tidak akan sesekali menyalahgunakan hasil dana awam untuk memenangkan calon Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

“Kamu boleh maki aku (saya) berbakul-bakul tetapi saya tidak ambil duit kerajaan.

“Kemudian mereka kata tak ambil tetapi guna kereta. Itu kereta kerajaan.

“Saya pakai kereta kerajaan..bukan sahaja kereta tetapi kapal terbang pun kerajaan punya. Lepas itu nak suruh Perdana Menteri naik kapal terbang orang..nanti marah pula. Apa ini?,” katanya berucap pada ceramah Grand Finale Kuala Selangor di Bestari Jaya, Ijok, di sini, malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Grand Finale Kuala Selangor sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 Selangor di Bestari Jaya, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 10 OGOS 2023.

Perdana Menteri juga membidas tindakan pemimpin pembangkang khususnya Perikatan Nasional (PN) yang mempersoalkan tugas anggota polis yang menjaga keselamatannya.

“Itu tanggungjawab dia. Urusan rasmi dia jaga, urusan tak rasmi pun dia jaga. Malah tidur di rumah pun dia jaga demi keselamatan Perdana Menteri.

“Dah kamu terlepas, sudahlah. Duduk diam-diam,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast