PADANG TERAP – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata masyarakat Kedah sememangnya cakap ‘kasar’ tetapi tidak sewenang-wenangnya memaki orang lain.
Anwar berkata loghat Kedah sememangnya bernada kasar namun ia tidak membolehkan mana-mana individu mahukan pemimpin boleh memaki orang sesuka hati mereka.
“Orang Kedah cakap kasar ya, tapi tak maki orang. Ni ada orang kata orang Kedah memang loklaq sikit bercakap tapi tidak mencarut.
“Mencarut sana sini. Selalu maki dan perbodohkan orang lain padahal ada tok guru tepi dia (tetapi) pejam mata.
“Tok guru baca kitab mana sampai terikut-ikut pula saya tengok,” katanya dalam ucapan Jelajah Perpaduan Madani Kedah Amanat Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pekan Naka, petang tadi.
Hadir sama adalah Pengerusi PH-BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga calon DUN Pedu dan Datuk Mahfuz Omar calon DUN Alor Mengkudu.
Dihadapan lebih 2,000 penonton, Anwar berkata kerajaan perpaduan dalam usaha untuk mengambil tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang mempermainkan serta menunggang agama Islam.
Katanya, perbincangan telah dibuat bersama beberapa Sultan agar tiada lagi pihak yang sengaja menjadikan 3R (berkaitan isu agama, bangsa dan raja) sebagai isu untuk meniupkan api kebencian di kalangan rakyat di negara ini.
“Saya nak beritahu esok PRN saya sudah bincang dengan beberapa Raja-Raja Melayu saya katakan negeri ini kena selamat dan nak bercakap tentang Islam, dakwah dan tingkatkan tentang Islam boleh.
“Tapi kamu tunggang agama, fitnah orang guna agama, kamu persiakan dengan buat fatwa sendiri tanpa merujuk Majlis Fatwa, hampa (anda semua) jaga aku pergi cari dan korek sampai dapat,” katanya lagi.
Awal hari ini, Anwar berkata beliau telah mengemukakan cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah agar tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang mempermainkan serta menunggang agama Islam.
Anwar berkata, cadangan itu juga telah dikemukakan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah setelah dibincangkan bersama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.- MalaysiaGazette
ANWAR IBRAHIM sila beri ayat yang hang kena maki!!! Jika nak mudah suruh bebudak hang CARI semua rakaman hang dan compared dengan ayat hang kena maki… jika sama itu bukan maki tapi memuji diri hang… hey kan bangang namanya tu…