pas pn
Abd Latif A Tambi (dua dari kanan) bersama jentera PH dan BN semasa kempen PRN Negeri Sembilan, baru-baru ini. - Gambar: Facebook

SEREMBAN – Propaganda Pas kononnya Negeri Sembilan bakal menjadi milik Perikatan Nasional (PN) dianggap sebagai usaha terakhir sebuah parti yang terdesak untuk meyakinkan pengundi.

Ketua Penerangan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Abd Latif A Tambi berkata, propaganda tersebut hanya mimpi, angan-angan dan khayalan untuk mengubat hati mereka yang gundah-gulana.

Beliau yakin Kerajaan Perpaduan yang menggabungkan PH dan Barisan Nasional (BN) akan membentuk kerajaan negeri semula atas beberapa faktor.

“DAP bertanding di 11 kerusi yang amat selamat. Kemenangan 11 kerusi terjamin. Gabungan Perpaduan hanya memerlukan lapan lagi kerusi untuk memerintah semula dan mampu disumbangkan oleh PH dan BN atas kekuatan yang ada,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Semalam, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Sembilan, Mahfuz Roslan berkata, gelombang kebangkitan rakyat akan memihak kepada PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Mahfuz mendakwa, situasi itu berlaku ekoran masalah dalaman UMNO serta pergeseran antara PH dan BN di beberapa kerusi.

Bagaimanapun, Abd Latif memberitahu, PN sebenarnya gagal meletakkan calon boleh menang di sebahagian besar kerusi.

Beliau menambah, lebih mengelirukan, calon Pas diletakkan di kerusi di mana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mampu memberi saingan kepada calon UMNO atau PH.

“Pergeseran antara Bersatu dan Pas masih berlanjutan dan akan menyebabkan berlaku pindah undi atau tidak keluar mengundi,” jelasnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Biarlah apa pun .. PAS berangan-angan ke PISANG BERANGAN ke… seperti di KEDAH telah menjadi nyata begitu juga terbaru di Perlis semua angan-angan itu menjadi NYATA. Negeri SEMBILAN “mungkin tidak MUSTAHIL”… UMNO dan PKR juga dibolehkan berangan-angan…

Comments are closed.