SUNGAI BESAR – Calon Perpaduan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) bakal memperoleh 44 kerusi Dewan Negeri Selangor dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) pada hari pengundian penuh, esok.
Sumber MalaysiaGazette memberitahu, berdasarkan analisis beberapa agensi kerajaan mendapati, calon PH-BN dijangka memperoleh majoriti dua pertiga dengan menang 44 dari 56 kerusi Dewan Negeri Selangor.
Berdasarkan simulasi akhir PRN Selangor dilakukan oleh beberapa agensi kerajaan yang dilihat sendiri MalaysiaGazette mendapati, calon Perikatan Nasional (PN) hanya mampu memperoleh 12 kerusi.
Menurut sumber MalaysiaGazette lagi, daripada 44 kerusi Perpaduan itu, calon BN dijangka memenangi sembilan dari 12 kerusi Dewan Negeri yang ditandingi.
Bagaimanapun, BN perlu bekerja lebih keras untuk memastikan empat lagi kerusi menang dengan selesa khususnya di kerusi N08 Sungai Burong, N23 Dusun Tua, N24 Semenyih dan N53 Morib.
“Jangkaan kerusi menang di Selangor adalah sebanyak 44 kerusi DUN,” kata sumber MalaysiaGazette yang ditemui di sini, hari ini.
Tambah sumber, dapatan keputusan itu berdasarkan pembolehubah simulasi data pilihan raya, kajian sikap panggilan telefon, kajian sikap ‘Whatsapp blasting’ dan analisa imperatif di lapangan.
“Terdapat empat kerusi yang mesti diberikan tumpuan gerak kerja yang lebih komprehensif bagi memberi kemenangan margin selesa di Selangor,” katanya.
Katanya sumber lagi, analisis jangkaan keputusan PRN15 di Selangor itu juga menunjukkan berlaku pengurangan undi sebanyak 20 peratus kepada calon PH berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
“Manakala jangkaan BN mendapat pengurangan undi PRU14 sebanyak 70 peratus,” katanya sumber lagi. – MalaysiaGazette
PRN SELANGOR ramalan dari agensi kerajaan jika begitu pastikan KUNCI PEJABAT MB tidak dibawa lari kelak. rakyat akan menentukan