KUALA LUMPUR – Kempen Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution yang menyasarkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak berkesan.
Sebaliknya, menurut Ilham Centre, serangan yang dilakukan ke atas Muhammad Sanusi menjadi backfire atau memberi kesan buruk kepada PH.
“Ini kerana kempen PH gagal memahami keadaan, aras penerimaan dan laras bahasa orang Kedah, akhirnya kekuatan Sanusi kian bertambah.
“Semakin kuat diserang, semakin meningkat populariti beliau,” katanya dalam kenyataan.
Firma penyelidikan itu mendapati, Muhammad Sanusi menjadi titik serangan dengan mengheret isu unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik sebagai alasan untuk rakyat Kedah menolak Pas dan Menteri Besar Kedah itu.
PH katanya, perlu menumpukan kepada tawaran kepada rakyat Kedah seperti menyelesaikan masalah tekanan air, inisiatif Rahmah mengurangkan kos sara hidup mahupun tawaran peluang pekerjaan kepada anak muda.
“Tawaran Sanusi menyelesaikan isu pemohonan tanah oleh rakyat yang menunggu masa berpuluh tahun sangat berbekas kepada pengundi di Kedah.
“Pemberian geran ini melonjakkan kepimpinan beliau di Kedah. Pasukan media Sanusi juga kreatif dengan memotong klip ucapan dan ditukarkan,” tambahnya.
Dapatan kajian bahawa “Sanusi Effect” telah melangkaui Kedah dan mempengaruhi pengundi di lima negeri lain.
Segmen pengundi muda rentas negeri mengakui FYP Tik Tok mereka menerima video Muhammad Sanusi.
Kumpulan itu menyatakan kagum terhadap Muhammad Sanusi sebagai simbol keberanian bercanggah pandangan dengan kerajaan.
“Sanusi dilihat sebagai mangsa keadaan. Sehubungan itu, dengan Sanusi Effect kami menjangkakan PN mendapat akan mendapat kelebihan daripada isu ini,” katanya.-MalaysiaGazette
ANWAR IBRAHIM hantar Pudin usik MB KEDAH DS SANUSI.. kalau hantar pengundi umur 18 pun mungkin lebih BIJAK dari Pak Pandir… hoi Pudin… Pudin..