Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah di Gerai Gulai Kalut di Balik Pulau, hari ini.

BALIK PULAU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi di kawasan Melayu memberikan sokongan kepada calon-calon Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 esok.

Jelas beliau, ia susulan pengundi di kawasan Cina dilihat  terjamin.

“Saya minta kali ini, saya nak kawasan Melayu terutamanya (beri sokongan) dan orang Cina nampak teratur, terjamin. Saya nak kawasan Melayu bagi sokongan kepada calon-calon kita BN dan PH, boleh?

“Saya juga minta (calon-calon PRN) kerjalah dan Insya-Allah, ini amanah yang kita akan pikul untuk membela nasib rakyat,” katanya berucap ketika singgah di Gerai Gulai Kalut di Jalan Sungai Pinang di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar dijadualkan singgah makan tengah hari di gerai berkenaan namun akibat kekangan masa beliau hanya singgah untuk menyantuni orang ramai telah menunggu ketibaannya.

Tambah Anwar, Malaysia akan menjadi sebuah negara hebat di Asia sekiranya Kerajaan Perpaduan terus mentadbir negara bagi tempoh lima tahun lagi.

“Baru lapan bulan mentadbir negara pelbagai usaha kita buat untuk bela nasib rakyat, bayangkan kalau kita boleh perintah lima tahun. Insya-Allah Malaysia akan jadi hebat sebagai satu negara Asia,” katanya.

Dalam ucapan tersebut, beliau yang juga Pengerusi PH turut menyindir segelintir pemimpin Perikatan Nasional (PN) sebagai ‘mata rabun’ susulan mendakwa Kerajaan Perpaduan tidak melaksanakan sebarang perubahan khsususnya daripada segi membantu rakyat.

“Apa yang kita buat dalam Kerajaan Perpaduan ini adalah tolong rakyat.. naikkan harga padi, getah, gaji penjawat awam, gaji sektor swasta.. itu kita rancang dan Insya-Allah kita akan lakukan.

“Ada orang kata kita belum buat (perubahan) dan yang kata belum buat itu memang mata dia rabun.

“Padi naik ka harga? naik, iaitu RM350 kepada RM500… pasal apa (mereka) tak buat dua tahun sudah? Jadi biarlah Pas, Bersatu nak bercakap kita (Kerajaan Perpaduan) akan terus bela nasib rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. kalau dah penyokong Cina teratur ANDA buatlah kerjasama dengan mereka SEBAB Melayu akan mengajar ZAHID HAMIDI sebagai President UMNO yang paling tidak boleh dipercayai.. ANDA susunlah apa yang ada kerana selepas ini akan ada MP dari Parti SAKAU 5 ahli meletak jawatan untuk bertanding semula dengan Logo PARTI baru. ZAHID HAMIDI akan keluar melompat bro…

Comments are closed.